Aslmkm wbt..😊.salam ramadhan 1435 Hijrah..2014..27 Julai.
Alhamdulillah tahun ini anak-anak dapat berkumpul meraikan Ramadhan..
Seronoknya bila dapat berkongsi makanan kegemaran anak-anak
dengan jiran dan sahabat-sahabat.
Tidak lah sehebat rasa air tangan chef-chef terkenal tetapi berkat air tangan ibu yang Allah berikan ini menjadikan sesuatu masakan tetap istimewa pada anak-anak walaupun kekadang bila keadaan kesihatan diri tidak mengizinkan, saya hanya menyediakan kuah bening dan ayam goreng..pun tetap menyelerakan untuk mereka..anak-anak saya adalah pencetus idea dan kejayaan untuk saya..Mereka sumber inspirasi dan pemberi semangat untuk saya..
Terima kasih untuk suami tercinta..Faisal👫...serta anak-anak tersayang
...💖Farhana..Fatin..Fatihah..Fathur Rahman..&..Fathul Idham..💖
Di sini sudilah kiranya saudara-saudara ku menjengah himpunan resepi serta gambar juadah yang saya sediakan untuk suami,anak-anak dan keluarga serta untuk tempahan jamuan..akan saya sisipkan sedikit demi sedikit juadah yang menjadikan pertalian kami erat dengan restu Allah jua. Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk tapi sekadar berkongsi rasa..
Bulan puasa bukanlah bulan juadah tetapi dengan sedikit kasihsayang dicurahkan pada juadah berbuka dan bersahur..hikmahnya dapat mengeratkan satu keluarga yang jarang dapat berkumpul dengan ingatan tulus pada nikmat makanan yang disediakan oleh air tangan ibu tidak setanding dengan beli diluar..setiap resepi ada terserap memori yang tersendiri..Barakallah..Terimakasih nenda..bonda serta rakan-rakan yang berkongsi pengalaman dan resepi..
Selamat Berpuasa Ramadhan Al Mubarak
.......KUIH HASIDAH.....
2cawan tepung gandum
1cawan gula
setengah sudu teh garam(untuk melemakkan rasa)
2 sudu besar tepung jagung
3 cawan air daun pandan(dari 10helai daun pandan+ secolek pes kapur untuk bangkitkan bau pandan)
5cawan air
1sudu besar minyak sapi
Hirisan 15ulas bawang merah digoreng dlm minyak sapi..
**Masukkan tepung gandum, gula
garam, tepung jagung, air pandan ...Bancuh semua bahan dalam satu bekas.
Sediakan periuk..masukkan air 5cawan..didihkan air dulu. Masukkan minyak sapi. Kemudian sambil kacau berterusan tuangkan bancuhan tepung tadi dengan cepat ke dalam air mendidih tadi..mula-mula nampak cair..lama kelamaan akan bergentel tapi tidak terlalu pekat. Kacau lama hampir 40-50minit..(saya suka kacau biar lama supaya kuih ini tahan dan tidak basi smpi besoknya)
dan adunan tepung nampak jernih dan tidak berketul..**untuk pastikan tepung sudah betul-betul sedia masak..sediakan secawan air sejuk..tuangkan sesudu teh tepung yang di kacau tadi ke dalamnya..biarkan sekejap..kalau tepung tu tidak bercerai bermakna adunan sudah masak.**
Tutup api..lenserkan sedikit minyak sapi dalam mangkuk hidang yang bujur sebelum dituang adunan tepung tadi. Tuang adunan..ratakan..
Taburkan bawang goreng diatasnya..biarkan sejuk 2-3jam sebelum dipotong..selamat mencuba..
*5-6orang*