Sunday, 29 June 2014

Jamuan Hari Kanak-kanak


 Antara juadah untuk jamuan hari kanak-kanak tahun lepas.



Bebola Roti dengan Sosej





Sandwic Sardin Bakar




Pizza





Ikan Tamban dengan Pulut Nyiur


sesekali ubah selera ikan tamban masin bersama pulut kukus dan kelapa...sedap lagi sebut 'nyog'..ha..ha..selera orang kedah tak dapat dipisahkan..jemu asyik makan lauk ayam..ikan..sesekali lauk ikan masin menambat selera..digoreng bersama dengan bawang merah, cili kering dan cili api..peerrghh..

SAMBAL PETAI SOTONG KERING




SAMBAL PETAI SOTONG KERING








Hari ini 4 Julai....adik ipar kirim petai petik dari pokok depan rumah dia... ole-ole mak dan ayah  balik kampung..
Dah jam 2 petang..di rumah x der sesaper..Perut tengah lapar..malas nak berkisah lauk lain..jadilah..buat sambal tumis..semua bahan dah sedia ada dalam peti ais...kena pulak nasi panas2..Alhamdulillah memadai sudah lebih dari cukup dengan 1lauk..lepas tu pekena teh O panas..kejap perut..Alhamdulillah..

Salam Ramadhan!

Aslmkm wbt..😊.salam ramadhan 1435 Hijrah..2014..27 Julai.
Alhamdulillah tahun ini anak-anak dapat berkumpul meraikan Ramadhan..
Seronoknya bila dapat berkongsi makanan kegemaran anak-anak
dengan jiran dan sahabat-sahabat.
Tidak lah sehebat rasa air tangan chef-chef terkenal tetapi  berkat air tangan ibu yang Allah berikan ini menjadikan sesuatu masakan tetap istimewa pada anak-anak walaupun kekadang  bila keadaan kesihatan diri tidak mengizinkan, saya hanya menyediakan kuah bening dan ayam goreng..pun tetap menyelerakan untuk mereka..anak-anak saya adalah pencetus idea dan kejayaan untuk saya..Mereka sumber inspirasi dan pemberi semangat untuk saya..
Terima kasih untuk suami tercinta..Faisal👫...serta anak-anak tersayang
...💖Farhana..Fatin..Fatihah..Fathur Rahman..&..Fathul Idham..💖
Di sini sudilah kiranya saudara-saudara ku menjengah himpunan resepi serta gambar juadah yang saya sediakan untuk suami,anak-anak dan keluarga serta untuk tempahan jamuan..akan saya sisipkan sedikit demi sedikit juadah yang menjadikan pertalian kami erat dengan restu Allah jua. Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk tapi sekadar berkongsi rasa..
Bulan puasa bukanlah bulan juadah tetapi dengan sedikit kasihsayang dicurahkan pada juadah berbuka dan bersahur..hikmahnya dapat mengeratkan satu keluarga yang jarang dapat berkumpul dengan ingatan tulus pada nikmat makanan yang disediakan oleh air tangan ibu tidak setanding dengan beli diluar..setiap resepi ada terserap memori yang tersendiri..Barakallah..Terimakasih nenda..bonda serta rakan-rakan yang berkongsi pengalaman dan resepi..
Selamat Berpuasa Ramadhan Al Mubarak

.......KUIH HASIDAH.....

2cawan tepung gandum
1cawan gula
setengah sudu teh garam(untuk melemakkan rasa)
2 sudu besar tepung jagung
3 cawan air daun pandan(dari 10helai daun pandan+ secolek pes kapur untuk bangkitkan bau pandan)
5cawan air
1sudu besar minyak sapi
Hirisan 15ulas bawang merah digoreng dlm minyak sapi..

**Masukkan tepung gandum, gula
garam, tepung jagung, air pandan ...Bancuh semua bahan dalam satu bekas.
Sediakan periuk..masukkan air 5cawan..didihkan air dulu. Masukkan minyak sapi. Kemudian sambil kacau berterusan tuangkan bancuhan tepung tadi dengan cepat ke dalam air mendidih tadi..mula-mula nampak cair..lama kelamaan akan bergentel tapi tidak terlalu pekat. Kacau lama hampir 40-50minit..(saya suka kacau biar lama supaya kuih ini tahan dan tidak basi smpi besoknya)
dan adunan tepung nampak jernih dan tidak berketul..**untuk pastikan tepung sudah betul-betul sedia masak..sediakan secawan air sejuk..tuangkan sesudu teh tepung yang di kacau tadi ke dalamnya..biarkan sekejap..kalau tepung tu tidak bercerai bermakna adunan sudah masak.**
Tutup api..lenserkan sedikit minyak sapi dalam mangkuk hidang yang bujur sebelum dituang adunan tepung tadi. Tuang adunan..ratakan..
Taburkan bawang goreng diatasnya..biarkan sejuk 2-3jam sebelum dipotong..selamat mencuba..
*5-6orang*




Friday, 20 June 2014

Wajik @ Pulut Kacau


20 Jun..Berehat seketika..nikmati wajik dan minum bersama kopi kampung panas-panas..kopi yang tidak perlu letak gula pun dan makan sepotong wajik yang sangat manis serta cukup lemaknya..cukup untuk menggegar perasaan..heh..heh..risau jugak nak makan makanan yang manis-manis bila umur sudah meningkat...tapi wajik sedap sangat dengan caranya tersendiri..mungkin selera saya yang tidak suka minuman dan makanan manis tapi suka membuatnya. Sudah lama saya tidak dapat tempahan untuk membuat wajik sebagai hantaran sampingan. Mungkin peredaran zaman, cup cake, kek aising fondant, macaroon lebih menambat hati..cantik..saya pun suka..mungkin wajik ada aroma tradisional,nampak tidak sedondon dengan manisan moden yang lain..ya ka..agaknya barangkali..?
Setiap kali raya wajik dan dodol mesti saya buat banyak-banyak.Bukannya nak makan sangat pun tapi seronok nak bagi sebagai buah tangan untuk mak..abang..kakak serta adik juga sedekah untuk kawan2 kala berkunjung. Tahun ni abang tidak dapat lagi merasai wajik, dodol dan ketupat palas dari adik abang ni..ramadhan ni cukup setahun abang koma..abang tidak dapat lagi nak memesan kuih-kuih kegemaran abang untuk juadah berbuka seperti cucur badak dan roti jala..sebak hati ini hanya Allah saja yang tahu..Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa abang..kami rindu abang..
Terimakasih mak sebab selalu buat wajik yang sedap sejak saya kecil lagi.

PULUT WAJIK@ PULUT KACAU.
2kilo beras pulut.
1 1/2kilo gula
2kilo gula merah
4kilo santan pekat@ 4,5biji kelapa
setengah sudu teh garam
daun pandan
kapur makan.

** Beras pulut dicuci bersih...rendam beras pulut bersama dengan 1sudu teh kapur makan( tujuan untuk merangupkan pulut,kalau tidak suka pun tidak menjadi apa juga) . Rendam selama 3jam. Kemudian cuci bersih..kukus pulut sampai masak kemudian tuang dalam talam untuk disejukkan.
Masak gula merah bersama 1jag air..tapiskan untuk buang sisa kotoran gula. Dalam kuali besar, tuangkan air gula merah, gula putih, sedikit garam untuk melemakkan rasa santan, santan pekat, daun pandan. Didihkan gula hingga pekat..**jangan tinggalkan gula masa mendidih,nanti akan melimpah**
sentiasa kacau gula waktu mendidih sehinggalah gula dan santan tadi pekat bertali. Perlahankan api,keluarkan daun pandan, tuangkan pulut kukus ke dalam kuali.Kacau lagi sehingga semua rata.Tutup api dan tuang pulut ke dalam talam.Ratakan. Bila sejuk hiaskan di atas pulut dengan kacang tanah yang digoreng tanpa minyak..susunkan kacang ikut bentuk hiasan..terpulang pada citarasa masing-masing..wajik boleh tahan seminggu**gunakan alatan kering@pisau supaya wajik tidak cepat rosak...









Kurma Daging




3 Mac..Teringat zaman kanak-kanak bila berkunjung ke majlis walimah...saya begitu teruja dengan lauk-lauk,nasi minyaknya...air bandung..air sirap yang berperisa unik(nanti saya kongsi resepi air sirap merah dari arwah nenda)
Dulu-dulu majlis walimah makan berhidang untuk 5,6orang..Menu lauk yang mudah tapi menyelerakan hingga boleh terbayang sedap dan wangi hingga sekarang...ayam masak merah...kurma daging (dagingnya potong kiub besar..seketul lauk kurma daging sesuai untuk satu hidang 5orang)..acar timun@ jelatah...atau acar buah...gulai kawah.. serta nasi minyak tangkup(pinggan ditangkup)..cukup-cukup mengujakan terutama kanak-kanak..lepas makan saja bunga telur beserta bunga rampai sudah sedia ditempat hidangan..aura serta wangi lauk bercampur bau bunga rampai menusuk perasaan hingga sekarang...sukanya saya..Lauk yang paling saya suka hingga licin pinggan...Daging masak kurma..kuahnya pekat..pecah lemak..hhmmphh
Terima kasih pada makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang berkongsi rahsia...;-)

DAGING MASAK KURMA
A.
1kilo daging dipotong kiub (2@3in)
4in halia..ditumbuk halus
3senduk rempah kurma
2labu bawang besar..ditumbuk halus
5batang serai..dihiris halus dan ditumbuk lumat
3sudu besar kerisik
2sudu besar kas-kas
6biji buah keras..ditumbuk
(campur semua bahan dengan daging..perapkan sekejap)

B.
bahan tumis:
1tin kecil minyak sapi+2senduk minyak masak
5biji bunga cengkih
5biji bunga lawang
5biji buah pelaga
1cm kulit kayu manis
7ulas bawang putih..kisar
7biji bawang merah...kisar
2cm halia...kisar
daun kari 2pelepah

C.
 1kilo santan
100ml susu cair
50ml susu masam@tairu
5biji ubi kentang dibelah 4
garam dan gula

** Panaskan minyak di dalam kuali,
tumis bahan B..hingga wangi.
Masukkan bahan A...kacau hingga rata..biar rempahnya wangi dan masak..pecah minyak.
Masukkan bahan C..didihkan hingga empuk dan kuah pekat dan pecah minyak..laraskan rasa manis masin masam secukup rasa..
***
di akhir rasa saya letakkan buah tomato dibelah 4...bawang besar merah dibelah 4 menegak..3 biji lada hijau 3biji lada merah dibelah 2..masukkan dalam masakan..didihkan sekejap..**

hidangan untuk 6,7orang.



Puding Karamel


KRIM KARAMEL

2tin susu cair
2/3 cawan gula
7biji telur
1sudu besar tepung kastard(untuk mewarnakan saja..kalau suka)
esen vanilla
Gula 1cawan untuk sirap karamel
(masak gula hingga perang masukkan 1cawan air panas..)

***Kacau telur jangan dipukul.
Satukan susu cair, tepung kastard,gula dan esen vanilla...kacau hingga rata..jangan dipukul hingga berbuih.
Tapis untuk buang buih.
Dalam bekas..tuang dulu sirap karamel..perlahan-lahan tuangkan adunan..bakar  pada suhu 180°c 20minit..atau kukus. hidangkan sejuk..
5..6 orang..


CREME BRULEE...

2tin susu cair
2/3cawan gula
esen vanilla
10biji kuning telur
gula untuk karamel bahagian atas selepas adunan masak.
***
Sama sahaja macam penyediaan krim karamel..
selepas masak..sejukkan dulu dalam peti sejuk..tutup dengan plastik cling..
taburkan gula dipermukaan masukkan dalam oven..guna api atas..@blow torch..


Teacup Heart